Monday, December 5, 2016

Sambutan Maulidur Rasul 12 Rabi' al-awwal 1438H BERSAMAAN 12 DISEMBER 2016

Sambutan Maulidur Rasul 1438H 2016 ( Pembuktian Cinta Kepada Rasulullah SAW)

Pembuktian Cinta, Manusia yang mengejar cinta kemanusiaan, mereka bersungguh-sungguh menzahirkan cinta mereka, siang malam asyik teringat sang kekasih yang dicintai, hatta sampai peringkat sedia menjual jiwa dan raga kononnya demi membuktian kecintaan sesama mereka, syara’ atau tidak, kita boleh lihat sendiri contoh yang ada di luar sana. Nampak bahagia, namun hakikatnya mereka bercinta atas asas yang rapuh. Malahan ramai juga yang kecewa akhirnya.

Begitu sekali manusia berusaha membuktikan cinta mereka. Justeru bagaimana pula dengan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.? Apakah sehebat itu juga atau bagaimana? Apakah mencintai Rasulullah ada persaingan dengan cinta-cinta yang lain? Mencintai Rasulullah SAW merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintai Baginda, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta kita terhadap Rasulullah SAW. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah ramai manusia membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta.

 Sabda Rasulullah SAW:
“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” (HR: Al-Bukhari)

Cinta kepada sang kekasih Allah SWT ini besar ertinya kepada kita. Suatu ketika, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah SAW seraya menanyakan tentang hari kiamat. Rasulullah bertanya: “Apa yang telah engkau persiapkan untuk hari itu?”Orang Badwi itu berkata: “Ya Rasulullah, aku tidak memiliki apa-apa, tetapi aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Mendengar itu, Rasulullah SAW menjawab, “Anta ma‘a man ahbabta. Engkau bersama orang yang kau cintai.” (HR Bukhari)

 Dan Rasulullah SAW ada bersabda lagi:
“Seseorang di antara kamu belum beriman sehingga aku lebih dicintainya daripada kedua orang tua, anaknya dan seluruh manusia.” HR. Bukhari dan Muslim.

Firman Allah SWT:
“Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku (Rasulullah SAW) niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (‘Ali Imran:31)

Penulis yakin kita semua pernah membaca hadith dan ayat Al Quran di atas. Cabaran utama adalah sejauhmana kita membumikan cinta itu di dalam kehidupan kita. Percintaan yang benar dan sejati akan menterjemahkan cinta itu dalam kehidupan. Kecintaan yang tulus dan mulus akan menerbitkan umat yang kuat dan dinamik. Bukankah begitu gambaran kualiti para sahabat RA yang merupakan model terbaik umat yang paling mencintai nabi junjungan besar. Iman mereka mantap, sahsiah, peribadi dan akhlak mereka ampuh, kehidupan mereka yang sentiasa berusaha membuktikan kecintaan mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. dalam setiap masa dan fasa dakwah Islam. Siapa yang boleh menidakkan teladan kecintaan mereka terhadap Rasulullah SAW? Namun mengapa hari ini umat begitu longlai dan lemah? Apakah kerana kita belum menzahirkan lagi cinta kita kepada Rasulullah SAW?
Rasulullah Mencintai Umatnya

Firman Allah SWT:


“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu.” (Al Ahzab:21)

Ketika denyut dan nafas akhir kehidupan Rasulullah SAW. semakin menghampiri Baginda, saat itu Baginda ditemani puteri tercintanya, Fatimah, satu kata terucap dari bibir Baginda, “Ummatii…ummatii…” Sebuah ungkapan kerinduan dan kecintaan yang teramat indah kepada umatnya.
Sejak saat itu, dunia kehilangan manusia terbaik sepanjang sejarah peradaban. Kelam pun menyelimuti seluruh langit. Baginda mengucapkan selamat tinggal sekaligus selamat datang pada generasi yang akan mengikuti millah-nya. Dalam doa-doa di keheningan malam, Rasulullah SAW selalu bermunajat kepada Allah SWT. tentang kerisauan terhadap keadaan umatnya. Dengan rasa takut dan harap, Baginda sentiasa berdoa agar umatnya senantiasa berada di jalan yang diredhai Allah. Baginda tidak rela apabila melihat umatnya ada dalam genggaman syaitan. Namun pernahkah kita sedar dan peka akan perkara ini?
Rasulullah SAW dengan segenap cinta, pengharapan dan kerisauannya, telah memberikan isyarat kepada kita bahawa Baginda sentiasa berfikir akan masa depan umatnya. Lantas, bagaimana dengan kita? Apakah kita juga selalu memikirkan dan meneladani Rasulullah SAW dalam seharian kehidupan kita? Sudahkah kita merasakan pengaruh cinta Rasulullah SAW dalam jiwa kita? Pertanyaan itu akan segera terjawab ketika mengukur kualiti akhlak dan keperibadian kita, serta sejauh mana kita mengenal Rasulullah SAW.

Ketika umat Islam diperintahkan agar mencintai Nabi Muhammad SAW maka itu sama sekali bukan kerana Nabi Muhammad memerlukan cinta umatnya, cinta siapa lagi yang diperlukan padahal Baginda sudah menjadi kekasih Allah? Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk mencintai Baginda, kerana apabila kita mencintai Rasulullah dengan jujur maka insyaAllah sahsiah dan peribadi kita akan sesuai dengan perilaku, sahsiah dan peribadi Baginda.
Momentum Cinta

Cinta kepada Rasulullah SAW memiliki implikasi yang sangat luas, antaranya kata Al qadhi ‘Iyadh termasuk tanda mencintai Nabi adalah membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya serta ingin bertemu dengannya. Maka untuk mewujudkannya ia akan mengerahkan jiwa dan harta kekayaannya.
Besar kesannya terhadap kehidupan seseorang tatkala dia benar-benar menzahirkan cintanya kepada Rasulullah SAW. Pertamanya, cinta kepada Rasulullah SAW adalah sebuah prinsip aqidah; keislaman seseorang juga ditegaskan dengan prinsip kecintaan ini. Kerapuhan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW adalah kerana kerapuhan aqidah dan keimanan kita kepada Baginda. Justeru persoalan cinta kepada Rasulullah SAW adalah persoalan aqidah. Ini bukan persoalan kecil atau pecisan. Namun mengapa hari ini umat mendahulukan kecintaan kepada yang lain melebihi kecintaan kepada Rasulullah SAW?



Keduanya, cinta kepada Rasulullah SAW akan memberi momentum yang kuat ke arah untuk mengikuti sunnah dan meneladani akhlak Baginda. Hari ini dunia kehilangan peribadi yang soleh sebagaimana yang pernah dijelmakan oleh para sahabat RA saat berguru di bawah madrasah Rasulullah SAW. Mereka menjadi umat contoh dan umat teladan. Hari ini umat seperti hilang arah. Hilang keperibadian sejati sebagai umat Muhammad. Hilang hamasah untuk mencontohi Baginda SAW dalam kehidupan. Formula untuk membangkitkan kekuatan umat adalah dengan segera kembali berguru di madrasah Baginda dengan meneladani Rasulullah SAW sebagai suri teladan dalam segenap kehidupan. Mencontohi, mengikuti Rasulullah SAW dan berjalan di atas manhaj Baginda SAW serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda SAW adalah tanda pertama cintakan Rasulullah SAW. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW adalah orang yang mengikuti Rasulullah SAW secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah SAW.



Orang yang mencintai Rasulullah SAW adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatan dunia.


Ketiga, kecintaan kepada Rasulullah SAW mampu menyatukan kembali umat Islam dan membina sikap kebersamaan. Pernah satu saat berlaku pertengkaran di antara para sahabat Ansar dan Muhajirin akibat momokan sang yahudi, namun hati mereka bertaut kembali hasil dari tarbiyah dan kecintaan mereka terhadap Rasulullah SAW.

Hari ini ramai yang membicarakan soal perpaduan bangsa melayu, apakah perjuangannya atas asas kecintaan kepada Allah dan Rasulullah? Sekiranya bukan, makan kesatuan tidak akan terjelma, sebaliknya yang hadir adalah kepentingan masing-masing semata.
Akhirnya, kecintaan kepada Rasulullah SAW akan membawa keberuntungan di akhirat kelak. Siapa yang tidak mahu selamat di akhirat? Justeru bersegeralah membumikan kecintaanmu kepada Rasulullah SAW.

“Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku (Rasulullah SAW) niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (‘Ali Imran:31)
Semoga kita, para pemuda pemudi Islam tergolong dalam golongan umat Muhammad yang menzahirkan dan membumikan cintanya kepada Baginda SAW, amin.




Takwim Hijri 1437H

Untuk memuat turun (download) infografik Takwim Hijri 1437H (2016) Dan Waktu Solat sila klik judul pautan di bawah

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

http://m.e-muamalat.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/takwim_latest.pdf

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2016



๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH @ PERPUSTAKAAN AWAM KANGAR, PERLIS

๐Ÿ“’๐Ÿ“š Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena cuti sekolah kepada kanak-kanak dan belia bertujuan untuk menarik minat golongan ini menambah ilmu pengetahuan. Penyertaan adalah PERCUMA.

๐Ÿ‘‰๐Ÿฟ AKTIVITI KANAK-KANAK ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿฟ
๐ŸšฉTempat : Perpustakaan Kanak-Kanak, Perbadanan Perpustakaan Kangar, Perlis
๐ŸšฉMasa : 10.00 pagi
๐ŸšฉPenyertaan : Kanak-Kanak (percuma).

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DISERTAI
๐Ÿ‘Pertandingan Baca Jawi | 5 Dis 2016, Isnin
๐Ÿ˜Kraf Kreatif | 6 Dis 2016, Selasa
๐Ÿ‘Cef Cilik : Sandwich | 7 Dis 2016, Rabu
๐Ÿ˜Mini Sukaneka | 8 Dis 2016, Khamis
๐Ÿ‘Kraf Kreatif : Origami Burung & Bunga | 9 Dis 2016, Jumaat
๐Ÿ˜Tayangan & Kuiz | 10 Dis 2016, Sabtu
๐Ÿ‘Cef Cilik : Moist Cake Chocholate | 14 Dis, Rabu
๐Ÿ˜ Kem Anak Soleh Kreatif | 15 Dis 2016, Khamis. Umur : 10-12 tahun. Masa : 9.30 pagi – 2.00 ptg. Sijil disediakan (*BORANG PENYERTAAN)
๐Ÿ‘Explorace : Pencarian Maklumat | 16 Dis, Jumaat
๐Ÿ˜Pertandingan Membaca Berita | 19 Dis, Isnin
๐Ÿ‘ Aktiviti Bercerita | 20 Dis, Selasa. Masa : 10.00 pagi – 5.00 ptg. Sijil disediakan (*BORANG PENYERTAAN).
๐Ÿ˜Cef Cilik : Hias Cup Cake | 21 Dis, Rabu
๐Ÿ‘Pertandingan Sukan Rakyat : Dam Aji, Batu 7, Congkak | 22 Dis, Khamis
๐Ÿ˜ Bengkel Pengacara  Cilik (Kanak-Kanak) 22 Dis 2016, Khamis. 10.00 pagi – 5.00 ptg.  Sijil disediakan (*BORANG PENYERTAAN)
๐Ÿ‘Bacalah Sayang & Kuiz | 23 Dis 2016, Jumaat
๐Ÿ˜Tayangan & Kuiz | 24 Dis, Sabtu
๐Ÿ‘Cabutan Bertuah (Mingguan & Bulanan – Dengan sertai aktiviti, Pinjaman Buku & ahli perpustakaan

๐Ÿ‘‰๐Ÿฟ AKTIVITI BELIA ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿฟ
๐ŸšฉTempat : Bilik Hipermedia, Perbadanan Prpustakaan Kangar, Perlis
๐ŸšฉMasa : 10.00 pagi – 5.00 ptg
๐ŸšฉPenyertaan : Belia (Percuma). Sijil disediakan (*Borang Penyertaan)

๐Ÿ‘Celik It : Powerpoint (Belia) | 13 Dis, Selasa
๐Ÿ‘Bengkel Pengacara  Kreatif (Belia) | 15 Dis 2016, Khamis (13-17 tahun)
๐Ÿ‘Celik It : Ai (Belia) | 16 Dis, Jumaat
๐Ÿ‘Celik It : Photoshop (Belia) | 23 Dis 2016, Jumaat
๐Ÿ‘Celik It : Microsoft Word (Belia) | 26 Dis 2016, Selasa

❗*SYARAT-SYARAT*
๐Ÿ–Š Semua aktiviti adalah ‘WALK IN’ @ datang terus kecuali Kem Anak Soleh, Aktiviti Bercerita Bengkel Pengacaran Cilik dan Aktiviti Belia, Yang bertanda  (*borang penyertaan)

๐Ÿ“ Sila dapatkan BORANG PENYERTAAN di Perpustakaan Kanak-Kanak dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis atau Isi maklumat di bawah dan hantarkan secara whatsapp ke 0174696110 (PN. ZAIRINA HASHIM).๐Ÿ“จ

๐Ÿ”…๐Ÿ”†๐Ÿ”…๐Ÿ”†๐Ÿ”…๐Ÿ”†๐Ÿ”…๐Ÿ”†๐Ÿ”…
BORANG PENYERTAAN:
✅Nama:
✅Umur:
✅No. Telefon:
✅Aktiviti:
๐Ÿ”…๐Ÿ”†๐Ÿ”…๐Ÿ”†๐Ÿ”…๐Ÿ”†๐Ÿ”…๐Ÿ”†๐Ÿ”…


Tarikh tutup penyertaan 10 Dis 2016, Sabtu. Sijil & hadiah menarik menanti❗


❓Maklumat lanjut Klik :
✅Blog http://perpustakaanbestarisamsung.blogspot.my/p/blog-page_4.html
✅Facebook http://m.me/skuadpromosiperpustakaanperlis

Friday, December 2, 2016

Rejimen Askar Melayu Diraja 1933‐1968



            Buku ini secara khusus membincangkan sejarah penubuhan, perkembangan, penglibatan serta kepahlawanan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sehingga 1968. RAMD merupakan sebuah institusi ketenteraan profesional bagi orang Melayu diwujudkan oleh penjajah British atas kehendak para sultan dan pembesar Melayu yang tidak begitu senang dengan kehadiran warga tentera asing dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan tanah air.


MAI PAKATMAI BERAMAI-RAMAI



Saturday, November 26, 2016

KU INGIN PULANG


KU INGIN PULANG - INAYAH “Siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar Rahman. Pulanglah kamu pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! Pulanglah kamu pada tanahmu. Allahuakhbar!” - Imam Ali
JANGAN LUPA DAPATKAN NOVEL INAYAH DI MPH, POPULAR, SMO ATAU DI WWW.KARYASENI.MY DI POPULAR ADA DISKAUN 20% SEKARANG.
Tajuk: Inayah (adaptasi telemovie)
Penulis: Maria Kajiwa
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-027-4
Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak)
"Aku ingin pulang."
Setelah tinggal lama di New York, Muhammad dan Aisya memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. Sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.
“I don’t like this house. It’s scary. Penny hates this house. Right, Penny?” - Adam
Muhammad dan Aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan. Rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi.
“Papa! You yang dah melampau! You just refuse to see it.” - Aisya
“See what?” - Muhammad
“Something is wrong with your son! - Aisya
Campur tangan daripada Suraya, ibu kepada Muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. Suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk ‘memagar’ rumah anaknya itu. Namun, perkara itu mendapat tentangan daripada Aisya yang hanya percayakan Allah dengan apa yang telah berlaku.
“Dia tengah pagar rumah kamu ni. Biar tak masuk hantu. Biar keselamatan kamu sekeluarga terjamin.” - Suraya
“Ini semua khurafat, mak. Tak boleh ni.” - Aisya
Apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? Berjayakah Muhammad dan Aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri? Adakah sebenarnya mereka sudah terlambat?
“Siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar Rahman. Pulanglah kamu pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! Pulanglah kamu pada tanahmu. Allahuakhbar!” - Imam Ali
NOVEL ADAPTASI DARI TELEFILEM INAYAH YANG AKAN DISIARKAN DI ASTRO FIRST.

Wednesday, November 23, 2016

MANUSKRIP LAMA


Judul: Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abi Madyan
ูƒู†ุฒ ุงู„ู…ู†ู† ุนู„ู‰ ุญูƒู… ุฃุจูŠ ู…ุฏูŠู†)


Kategori: Tasawuf
Pengarang: al-‘Arifbillah Syaikh Daud bin Syaikh ‘Abdullah al-Fathani
Jumlah halaman: 101 halaman
Tarikh selesai diterjemah: 23 Rabi’ulakhir 1240H/1824M di Makkah al-Musyarrafah
Penerbit: Khazanah Fathaniyah
Tahun Penerbitan: 1420H/1999M

Size kitab: 20cm x 29cm





Kitab ini adalah sebuah kitab tasawuf yang diterjemahkan oleh seorang ulama besar alam Melayu iaitu Bahjah al-Diin al-‘Alim al-‘Allamah al-‘Arif al-Rabbani Shahib al-Karamah al-Syaikh Daud bin Syaikh Wan ‘Abdullah al-Fathani. Kitab ini diselesaikan terjemahannya pada hari Rabu 23 Rabiulakhir 1240H/1824M di Makkah al-Musyarrafah. 

Sedikit pengenalan mengenai Abu Madyan;


Nama beliau adalah Abu Madyan Syu’aib ibn al-Husin al-Anshori al-Andalusi al-Tilmasani. Dilahairkan pada tahun 506H disebuah kota bernama Cantillana berhampiran dengan Sevilla (Isybiliyah) di Andalus (Sepanyol). Beliau wafat dan dimakamkan di Ubbad, Algeria. Digelar sebagai Syaikh al-Syuyukh kerana beliau merupakan guru kepada para masyaikh. Al-‘Allamah al-Muarrikh Yusuf ibn Ya’kub at-Talidi dan Muhammad ibn Muhammad Makhluf serta para muhaqqiq lain mengatakan bahwa telah lahir ditangannya (Abu Madyan) seribu syaikh dari kalangan para wali dan ahli shufi yang memiliki karamah. Antara guru-guru beliau adalah Sulthanul Auliya` Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilani (560H); Al-‘Arifbillah al-‘Allamah Abu al-Hasan ‘Ali ibn Ismail ibn Hirzihim (559H) danAl-‘Allamah al-Faqih Abu al-Hassan ‘Ali ibn Ghalib (568H).

Mempunyai ramai murid dan diantaranya Al-Imam al-Akbar al-‘Arifbillah Muhyiddin ibn al-‘Arabi; Al-Imam al-Hafidz al-Faqih Abu Muhamad Abdul haq asy-Syibili (581H); Ustadz al-‘Adzam al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibn ‘Ali - Abu Madyan telah mengirimkan khirqah sufiyah melalui salah seorang muridnya untuk dipakaikan kepada Faqih al-Muqaddam, walaupun mereka tidak pernah bertemu; Sidi Muhammad ibn Harazim ibn ‘Ali – beliau adalah merupakan cucu kepada Sidi ‘Ali ibn Ismail ibn Hirzihim [guru kepada Abu Madyan] iaitu guru kepada Sidi Abu al-Hasan asy-Syadhuli; Sidi Abdur Razzak al-Jazuli dan lain-lain lagi.
Hikam Abi Madyan ini juga dikenali dengan nama Hikam al-Ghauts. Hikam ini disyarahkan oleh beberapa ulama, antaranya oleh Sidi Ahmad ibn Musthafa al-‘Alawi bertajuk al-Mawad al-Ghaitsiyyah an-Nasyi’ah ‘an al-Hikam al-Ghautsiyyah, Syaikh Syihabuddin Ahmad ibn ‘Abdur Qadir Ba’Isyan berjudul al-Bayan wa al-Mazid al-Mushtamil 'ala Ma'ani at-Tanzih wa Haqa'iq at- Tawhid 'ala Uns al-Wahid wa Nuzhat al-Murid lil-Ghawts Abi Madyan al-Tilmisaani, Sayyid ‘Ali al-Bayyumi berjudul al-Asrar al-Khafiyyah al-Muwassilah ila al-Hadrah al-‘Aliyyahdan lain-lain. Di Nusantara yang ditemui adalah sebuah kitab syarah hikam berjudul Kanz al-Minan yang diterjemahkan oleh Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.

Kitab hikam ini adalah salah sebuah dari 3 buah syarah hikam yang berlegar di Nusantara iaitu Fath al-Rahman Syarh Hikam Ibn Raslan oleh Syaikh Arsyad al-Banjari dan Syarah Hikam Ibn ‘Athoillah oleh Syaikh ‘Abdul Malik Pulau Manis @ Tok Pulau Manis. Didalam koleksi al-Faqir, terdapat juga sebuah kitab syarah Hikam Abi Madyan yang ditulis oleh Ustaz Abu Bakar Palestin yang masih hanyalah didalam bentuk manuskrip.

Selain itu, al-Fadhil Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki juga ada mengeluarkan sebuah kitab syarah Hikam Abi Madyan yang bertajuk Lathoiful Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan.

Adapun kitab Kanz al-Minan oleh Syaikh Daud al-Fathani, sebelumnya sudah tiada lagi di pasaran kitab. Namun di atas usaha Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir, maka pada tahun 1999, kitab ini diterbitkan semula oleh Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur. Untuk mendapatkannya, pengunjung Pustaka al-Fanshuri bolehlah menghubungi alamat berikut:

Khazanah al-Fathaniyah
No.38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar
68100 Batu Caves, Gombak
Tel: 03 – 61897231 atau hubungi
Ustaz Abdul Halim Mohamad 013 -3564496

Dan bagi mereka yang berminat untuk mengetahui isi kandung kitab ini tetapi tidak berkemampuan menguasai tulisan jawi, maka al-Faqir telahpun mengusahakan transliterasi kitab ini. Pada mereka yang berminat, bolehlah membacanya di blog al-Fanshuri. Walau bagaimanapun, bahannya al-Faqir paparkan sedikit demi sedikit.

Marilah kita bertekun didalam mengaji, belajar … kitab-kitab shufi sebagaimana yang dipesan dan diwasiatkan oleh al-Habib al-‘Arifbillah Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi ibn ‘Abbas al-Maliki al-Hasani didalam al-Iqd al-Farid al-Mukhtashar minal Atsbat wal Asanid iaitu : “…. aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya. Jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. ………”. Dan Kitab Kanz al-Minan ini adalah merupakan seelok-elok kitab bicara tasawuf, maka seyogialah kita mempelajarinya. InsyaAllah, kitab ini diajar secara bulanan oleh al-Fadhil Tuan Guru Haji ‘Abdul ‘Aziz al-Fathani di Dewan Syaikh Daud al-Fathani. Sila dapatkan ma’lumat pengajian di blog al-Faqir iaitu majlisilmu.blogspot.com. Begitu juga al-Fadhil Syaikh Fuad Kamaluddin al-Maliki juga ada mengajar kitab ini di Rembau.

Sedikit petikan dari kitab Kanz al-Minan:

ุจุณู€ู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

ูˆุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู… ุงู„ุญู…ุฏู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู† ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ ุธุงู‡ุฑู†ุง 
ู…ุฒูŠู†ุง ุจุงู„ุดุฑูŠุนุฉ ูˆุจุงุทู†ู†ุง ู…ุญู„ู‰ ุจุงู„ุทุฑูŠู‚ุฉ

Hei tuhanku! Jadikan olehmu akan zhahir kami berhias dengan syariat dan bathin kami berpakai dengan thoriqat

ูƒูŠ ุชุดุฑู‚ ุนู„ูŠู†ุง ุฃู†ูˆุงุฑ ุงู„ุญู‚ูŠู‚ุฉ، ูˆุงุฌุนู„ ู…ุนุงู†ูŠ ุดุฌุฑุฉ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ู…ุญู…ุฏ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุซุงุจุชุฉ 
ุฑุงุณุฎุฉ ููŠู†ุง ุญุชู‰ ู†ุคุชูŠ ุฃูƒู„ู‡ุง ูƒู„ ุญูŠู† ุจุฅุฐู† ุฑุจู‡ุง

  Supaya benderang atas kami beberapa cahaya haqiqat. Dan jadikan olehmu akan makna pohon kayu
ู„ุงุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ู…ุญู…ุฏ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡  itu tetap lagi biasa pada kami hingga mendatangkan buahnya pada tiap-tiap ketika dengan kurnia Tuhannya.

ูˆุฃูŠู†ุน ุซู…ุฑุงุช ู‡ุฐู‡ ุงู„ุดุฌุฑุฉ ุญุชู‰ ู†ุชููƒู‡ ุจู‡ุง ูˆู†ูˆุงุณูŠ ููŠู‡ุง ุงู„ุฅุฎูˆุงู†

Dan memasakkan buah kayu ini hingga bersedap makan dengan dia dan hingga kami bahagikan 
padanya akan segala saudara

ูˆุงุณู‚ู‡ุง ู…ู† ู…ูŠุงู‡ ุฃู†ู‡ุงุฑ ุงู„ูุถู„ ูˆุงู„ุฅุญุณุงู† ุญุชู‰ ู†ุชุญู„ู‰ ุจููˆุงูƒู‡ ู„ุงุญูˆู„ ูˆู„ุง ู‚ูˆุฉ ุฅู„ุงุจุงู„ู„ู‡

Dan dijiruskan olehMu akan dia daripada air beberapa sungai kurnia dan ihsan hingga kami merasai akan manis buah kayu  ู„ุงุญูˆู„ ูˆู„ุง ู‚ูˆุฉ ุฅู„ุงุจุงู„ู„ู‡ 

ูˆู†ู†ูู‚ ู…ู† ู‡ุฐุง ุงู„ูƒู†ุฒูˆู†ุนู… ุจู‡ ูˆู†ุฎุต ูƒู„ ุฃูˆุงู‡، ู„ุงุจุญูˆู„ูŠ ูˆู„ุง ุจู‚ูˆุชูŠ، ู…ุฐู‡ุจูŠ ุงู„ุนุฌุฒ ูˆุงู„ุณู„ุงู…

Dan hingga kami bahagikan daripada [per]bendaharaan ini dan kami le[n]gkap sekalian dan kami tentukan akan tiap-tiap hati hati yang khusyuk. Tiada daya bagiku dan tiada kuat bagiku. Adalah pada aku itu lemah dan harap sejahtera.

Hei orang yang yang gemar akan berjalan kepada Allah, yang berkehendak akan merasai dengan dzauq manis ma’rifah, jangan engkau mengenderai didalam jalan kepada Allah melainkan dengan kenderaan dhulli (hina) dan iftiqar (berhajat) dan jangan engkau mengambil bekal kepadanya di dalam padang ini melainkan dengan taqwa dan inkisar [pecah atau luluh hati kerana Allah](1). Maka tatkala demikian itu adalah engkau orang yang melentangkan diri bagi nafahaat lagi berjalan yang terlebih hampir jalan ahli mu’amalat lagi terhias bagi turun faidhun yakni limpah pemberian rahmat daripada tuhan yang memberi akan beberapa pemberian.

Maka pahamlah ia akan barang yang telah mengisyarat kepadanya oleh al-‘arif ar-rabbani kamil al-mukammil, waliAllah bila niza’ [wali Allah yang tiada dipertikaikan lagi akan kewaliannya] mursyidul muridin bila difa’ [mursyid bagi murid-murid yang tiada ditolak akan kewibawaan kemursyidannya] yang terlebih besar masyaikh magharib, qutub dairah az-zaman yang mempusaka[i] ulum [ilmu-ilmu] Nabi akhir zaman [iaitu Nabi Muhammad ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

(Telah muwafaqat) segala masyaikh atas menta’zimkan dan membesarkan dia dan mereka itu beradab pada hadapannya dan adalah ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ sangat elok rupanya lagi bersih tubuhnya lagi banyak tawadhu’ lagi zahid akan dunia algi wara’ lagi adalah muhaqqiq ilmunya. Sanya telah menghimpunkan atas baik kelakuannya dan baik perangainya dan karamatnya amat banyak.
Maka adalah suatu hati lalu ia atas himar dan harimau memakan dia setengah tubuhnya dan empunyanya [pemilik himar] itu melihat ia akan dia dari jauh tiada kuasa hampir akan dia. Maka berkata syaikh ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ bagi empunya himar mari kita pergi kepadanya. Dan berkata ia pegang olehmu dengan telinganya dan pakaikan dia akan ganti tempat himar engkau selama hari hidupnya. Maka mengambil empunya himar itu akan telinga harimau dan ditunggangnya akan dia dan duduk ia kerjakan pekerjaannya hingga mati harimau itu beberapa tahun dengan karamah syaikh ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ .



COPYRIGHT:http://pustaka-alfanshuri.blogspot.com/

Join la blog nie!