Thursday, August 3, 2017

Kuiz Celik Siber



Salam Sejahtera,
 
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
 
Bahagian Sumber Elektronik, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang giat mengadakan pelbagai aktiviti untuk pengguna bagi mempromosikan bahan sumber elektronik PNM.  Salah satu aktiviti bulanan yang diadakan adalah Celik Siber @ PNM dalam talian. Kuiz Celik Siber pada bulan ini adalah bertemakan "Pangkalan Data PNM" bermula pada 1-31 Ogos 2017.
 
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah melayari laman web PNM di http://www.pnm.gov.my/kuiz/ untuk penyertaan. Soalan boleh diakses secara dalam talian di http://www.pnm.gov.my/kuiz/soalan.php.
 
Mohon jasa baik YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk membuat hebahan kepada pengunjung perpustakaan mengenai aktiviti ini.


Tuesday, February 28, 2017

PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2017

JOM!!!! jumpa anda semua di tapak PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2017...pelbagai aktiviti menanti anda semua..






Tuesday, February 21, 2017

PROMOSI GALAKAN MEMBACA

PAMERAN DAN PROMOSI GALAKAN MEMBACA SEMPENA SAMBUTAN NILAM 2017
TARIKH : 17 FEB 2017 (JUMAAT)
MASA : 9.00 pagi - 12.00 tgh hari
TEMPAT : SEK. AGAMA AL-ISLAHIYAH(RENDAH)
Sekalung penghargaan kepada SEK. AGAMA AL-ISLAHIYAH(RENDAH) kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis adakan pameran sempena program tersebut. . Sambutan pelajar amatlah menggalakkan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti kempen daftar ahli perpustakaan, kuiz putar-putar ilmu,, baca jawi, baca rumi.  sudut bacaan, sudut permainan, pameran buku dan sebagainya.
# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat
# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..
Maklumat lanjut hubungi:
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)












Join la blog nie!