Kenyataan Rasmi Ustaz Hanafiah Abdul Razak (Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Johor & Panel Pakar Falak JAKIM) - Ramalan Air Pasang Besar di Pantai Barat/Timur Pada 14 - 18 November 2016 Mengikut Disiplin Ilmu Falak.
Salinan kpd yang berkenaan :
Salam ,
Yb Dato' Setiausaha Kerajaan Johor
Laporan Ringkas Ramalan Air Pasang Besar di Pantai Barat / Timur Johor dan persekitaran Muara Sg Johor bulan November 2016 .
Tarikh : 14 -18 November 2016
Detik Bulan Penuh Purnama ( البدر ) pada 14 November 2016 jam 9.54 malam manakala Detik kedudukan Bulan paling hampir dengan Bumi ( حضيض القمر ) juga berlaku pada 14 November dan didapati bulan berada pada kedudukan tersebut selama 18 jam di mana kedudukan Hadid al- Qamar pada bulan November lebih lama daripada bulan Oktober yang lalu .
Fenomena Air Pasang Besar :
Pada 14 dan 15 November 2016 Kedudukan Air Pasang iaitu Air Pasang Besar Peringkat 2 ( فيضان الثاني ) manakala pada 16 , 17 dan 18 November 2016 Kedudukan Air Pasang ialah Air Pasang Besar Peringkat 1 ( فيضان الأول )
Limpahan Air Laut :
1- Sekiranya Angin Barat bertiup tegar pada tarikh -tarikh tersebut di khuatiri Pantai Barat Johor bakal di limpahi Air Laut pada waktu kemuncak Air Pasang .
2- Sekiranya Angin Timur bertiup tegar pada tarikh-tarikh tersebut di khuatiri pula Pantai Timur Johor pula di limpahi Air Laut pada waktu kemuncak Air Pasang .
3- Sudah terbukti Muara Sg Muar dan Sg Johor di limpahi Air Laut yang menerobus masuk hingga ke Loji Air pada bulan Sept dan Oktober dan di khuatiri utk bulan November ini lebih menyerlah lagi penerobusan Air Laut hingga mudik ke Hulu sungai .
Semoga Allah SWT memelihara seluruh warga Negeri Johor dan hasil-mahsul negeri ini daripada apa jua angkara yang tidak di ingini kesan daripada fenomena air pasang besar
Haji Hanafiah bin Abdul Razak
Penolong Pegawai Hal-Ehwal Islam ,
Unit Cerapan Bhg Falak ,
Jabatan Mufti Johor .
0 comments:
Post a Comment