‘supermoon‘ ini
sudah menjadi rasmi setiap
kali berlakunya Bulan Penuh Perigee.
Walaupun sejarah sebenar perkataan ini dipopularkan oleh seorang ahli astrologidan tidak pernah
wujud dalam istilah astronomi, ia sudah menjadi viral dan digunakan secara
meluas seluruh dunia… sabor je la.
Walau apa pun, kita cuba lihat apa yang akan berlaku pada
14 November 2016 nanti.
Supermoon atau Bulan
Penuh Perigee 14 November 2016
Pada hari Isnin, 14 Nov
2016, jam 7.24 petang waktu Malaysia(GMT+8), Bulan akan
berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi. Ia dipanggil sebagai Perigee. Fenomena Perigee ini berlaku sekali setiap bulan, pada
tarikh-tarikh yang berlainan dan asbab kejadian ini ialah kerana orbit Bulan
ini tidak sempurna bulat. Ia berbentuk elips. Ketika ini Bulan berada pada
jarak 356511 km daripada
Bumi.
Istimewanya kali ini ialah, 2
jam 30 minit kemudian, iaitu pada jam 9.52
malam, Bulan akan berada dalam fasa Bulan
Penuh pula!
Maknanya, Bulan
Penuh kali ini hampir sama waktu dengan saat ketika Bulan berada dalam posisi
Perigee.
Kesannya?
Bulan Penuh kali ini akan
kelihatan sedikit besar dan terangberbanding
bulan penuh yang lain untuk sepanjang tahun 2016 ini. Berapa kali besar?
Berdasarkan kiraan falak, ia akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih
terang.
Setiap kali Bulan Penuh sedang terbit, kita akan melihatnya
seolah-olah lebih besar daripada biasa. Efek ini dipanggil sebagai Moon Illusion. Sebenarnya, saiz Bulan itu tetap sama samada
ketika ia sedang terbit, mahupun berada tegak di atas kepala.
Saya jangkakan pada
14 Nov nanti, ramai yang akan bersungguh-sungguh mengatakan ‘memang betul la Bulan lebih besar daripada biasa…’, bila
melihat ia terbit selepas Maghrib.
Hakikatnya, perbezaan 14% lebih
besar itu tidak dapat dibezakan
dengan mata kasar. Hanya menerusi perbandingan
gambar-gambaryang dirakam sebelum ini sahaja yang dapat digunakan sebagai
bukti ‘saintifik’ yang menunjukkan Bulan Penuh kali ini lebih besar daripada
biasa.
Cuma perbezaan kecerahan sebanyak 30% itu mungkin akan lebih senang kita perasan.
Bilakah waktu boleh
melihatnya?
Ketika Bulan terbit, iaitu selepas Maghrib .
Mengapa kali ini ‘super’
supermoon?
Walaupun jika dilihat dari segi fenomena, kejadian Bulan Penuh
Perigee ini tidaklah mempunyai apa-apa ‘kesan istimewa’, namun ada satu perkara
menarik mengapa supermoon kali ini lebih unik berbanding yang lain.
Berdasarkan kiraan falak lagi, supermoon kali ini adalah
yang paling besar dan terang
sejak tahun 1948! Maknanya, dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam
banyak-banyak supermoon, kejadian kali ini adalah yang paling top!
Kita perlu menunggu 25
November 2034, untuk sekali lagi mengalami supermoon yang lebih super
berbanding biasa!
Air pasang besar
Setiap kali Bulan Penuh Perigee, kita akan mengalami air pasang
besar. Pada bulan lepas (Oktober)
penduduk di pantai barat khasnya terpaksa mengharungi air laut yang melimpah
naik ke darat. Ketika itu, perbezaan waktu antara antara Bulan Penuh dan Bulan
Perigee ialah 19 jam.
Pada bulan 14 November ini,
perbezaannya ialah +2 jam
Pada bulan Disember 2016
nanti, perbezaannya ialah 24 jam.
Jadi, berdasarkan ilmu laut yang sedikit ini, saya cadangkan
adalah lebih baik rakan-rakan yang mengalami banjir akibat air pasang besar
bulan Oktober lepas, untuk buat persediaan
awal kali ini. Saya syorkan, hubungi pihak Jabatan Meteorologi
Malaysia untuk dapatkan maklumat terkini. Lebih-lebih lagi
kepada anak-anak yang sedang menduduki SPM sekarang ni!
Laporan dari Astro Awani ini pun ada menyatakan kenyataan daripada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara
(Nadma) Datuk Zaitun Ab Samad supaya persediaan awal perlu
dilakukan.
Rumusan
1. Fenomena Bulan Penuh Perigee ialah kejadian di mana Bulan Penuh
berada pada kedudukan Perigee (paling hampir dengan Bumi)
2. Bulan Penuh kali ini akan kelihatan 14% lebih besar dan 30%
lebih cerah berbanding bulan penuh biasa.
3. Air Pasang Besar dijangka berlaku sekali lagi.
Wallahua’lam
COPYRIGHT http://falakonline.net/
0 comments:
Post a Comment