Thursday, November 10, 2016

ILMU FALAK HELIOSPHERE



SECIPUT ILMU SELUAS ANGKASA #11
Di manakah sempadan sistem suria kita? Ada tanda ke? Garisan kuning ke atau mungkin ada dinding? Udah-udah jangan nak ngarut…
Menurut definisi ahli astronomi, sempadan sistem suria ini dipanggil sebagai Heliosphere.
Apo ko bondo ni?
Heliosphere ialah umpama sebuah ‘buih’ yang mengelilingi matahari dan segala yang ada di sekelilingnya. Ia wujud apabila angin suria (solar winds) yang keluar daripada matahari bertembung dengan kawasan yang dipanggil Interstellar space. Interstellar space ini ialah kawasan yang terletak di anngkasa lepas yang tidak ‘diduduki’ oleh mana-mana bintang atau planet.
Angin suria ni asalnya laju, ia keluar daripada matahari pada kelajuan 400km sesaat, tetapi apabila ia melepasi Pluto dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya, nun jauh kat belakang tu, tenaganya makin lemah.
Namun, selagi dia ada tenaga, selagi tu dia dapat membiaskan radiasi-radiasi bahaya dari angkasa lepas seperti sinaran kosmik. Dalam erti kata lain Heliosphere ini telah menyelamatkan kita daripada jadi mutant seperti x-men akibat radiasi ni…huhuhu…
Hasil biasan ini telah membentuk Heliosphere ni seperti sebuah komet, bulat di satu hujung dan memanjang sikit di hujung lagi satu.
Bagaimana depa tahu bentuk ni?
Ia adalah berdasarkan maklumat dan data yang diterima daripada 2 prob angkasa Voyager 1 dan Voyager 2.
Jauh mana sempadan Heliosphere ni dari Bumi?
Lebih kurang 75 hingga 100 AU dari Matahari.
1 AU bersamaan jarak purata Bumi ke Matahari = 149,597,870 KM
So pandai-pandai la convert sendiri ke dalam km tu…
Sebagai perbandingan jarak purata Pluto ke Matahari ialah 39.5 AU.
Esok: Span basuh pinggan ke?
Rajah: Menunjukkan 'bentuk' Heliosphere. Kawasan sempadan tu dipanggil Heliopause
Sumber http://www.flashespace.com/html/oct08/11_10_08.htm


0 comments:

Post a Comment

Join la blog nie!