Wednesday, November 16, 2016

CARA MELEPASKAN DIRI

Bagaimana Untuk Melepaskan Diri Dari Kereta Yang Ditenggelami Air, Ikuti Langkah Ini Anda Boleh Menyelamatkan Diri Dan Orang Tersayang
Jika berlaku kemalangan, sudah pasti ianya amat membimbangkan, bukan sahaja risau akan kecederaan diri, tetapi juga bagaimana untuk menyelamatkan diri apabila berada dalam sistuasi sedemikian.



Dalam apa jua situasi yang terjadi, pastikan anda terlebih dahulu cuba untuk tenteramkan diri, agar tidak terlalu kelam kabut untuk berfikir tentang langkah yang perlu dilakukan.


Terdapat banyak situasi kemalangan yang mungkin boleh terjadi kepada kita, sama ada di tempat awam, tempat kerja, mahu pun ketika memandu. Dan jika anda mengalami kemalangan, yang menyebabkan kenderaan yang anda naiki terbabas ke dalam parit atau sungai, ketahui terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk keluar dari kereta. Jom kita lihat apa yang harus dilakukan, menerusi perkongsian dari laman Bright Side ini.




Untuk kekal selamat dalam situasi yang mencabar, pastikan anda tahu terlebih dahulu, apa yang perlu dilakukan. Lagipun, jika ianya berlaku, anda hanya mempunyai beberapa saat sahaja untuk bertindak. Bagi meningkatkan tahap kesedaran orang awam, satu pasukan penyelamat professional telah membuat demonstrasi, bersama dengan arahan yang jelas, tentang bagaimana untuk bertindak jika kereta mula ditenggelami air.


Bright Side kongsikan cara yang paling penting, yang mungkin menyelamatkan nyawa anda, juga orang di sekeliling anda.



Langkah 1: Sejurus selepas kereta bersentuhan dengan permukaan air, buka tali pinggang keselamatan, dan turunkan tingkap







Langkah 2: Secepat mungkin, cuba keluar dari kereta melalui tingkap yang berhampiran sebelum kereta tenggelam

Penyelamat mengingatkan, bahawa anda hanya ada masa selama satu minit sahaja untuk menyelesaikan dua langkah ini.




Jangan buang masa untuk membuka pintu, kerana ianya tidak akan berjaya, disebabkan tekanan air pada pintu tersebut. Ingat turutannya – “buka tali pingggang keselamatan, turunkan tingkap, keluar dari kereta”.

Kereta yang mempunyai tingkap manual memberi lebih peluang untuk melepaskan diri. Namun, jika anda mempunyai kereta dengan power windows, pakar menyatakan, melalui keputusan ujian yang dijalankan, alat elektronik kereta masih berfungsi paling kurang selama 10 minit selepas tenggelam.

‘Jika anda tidak boleh turunkan cermin tingkap, pecahkannya’

Jangan cuba untuk memecahkan cermin hadapan kereta, kerana ianya sangat kuat, dan sukar untuk dipecahkan.



Terdapat banyak kedai yang menjual alat untuk memecahkan cermin kereta pada harga yang berpatutan. Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan objek berat yang mempunyai hujung yang tajam (anda harus letakkan objek seperyi ini di dalam kereta). Ianya boleh sahaja, seperti penukul, sepana, atau pemutar skru. Jika ketiadaan alat ini, anda boleh gunakan penyandar kepala (ketuk tingkap dengan besi yang ada pada penyandar kepala tersebut), kasut tumit tinggi, atau siku anda. Anda harus acukan kepada hujung tingkap, kerana kawasan tersebut lebih mudah pecah.


‘Jika anda bersama dengan anak-anak, pastikan mereka keluar terlebih dahulu sebelum anda’

Jika anda keluar bersama dengan anak, penyelamat menyarankan anda mengikut langkah berikut: buka tali pinggang keselamatan anda, buka tingkap bahagian anda, buka tali pinggang keselamatan anak anda, dan tolaknya keluar dari kereta, dan ulangi langkah yang sama terhadap yang lain. Kemudian, baru anda keluar selamatkan diri. Dengan ini peluang untuk semua selamat amat tinggi.

‘Jika anda tidak dapat untuk turunkan tingkap, tunggu sehingga keseluruhan kereta dipenuhi air, dan buka pintu kereta’

Sekiranya tingkap tidak boleh diturunkan, ada cara lain, iaitu menerusi pintu. Ianya adalah cara konvesional, di mana anda perlu tunggu kereta dipenuhi air, supaya tekanan di luar dan dalam kereta sama. Tahan nafas anda sementara waktu, buka pintu, dan berenang keluar.


Tip dari professional: Pegang dengan kuat tombol pintu kereta anda semasa air memenuhi ruang kabin. Ingat, ianya tidak mudah untuk membuka pintu. Anda mungkin perlu menolaknya dengan menggunakan kaki juga.

‘Ikut arah buih untuk berenang ke permukaan’





Ianya amat mudah untuk terkeliru di dalam air, lebih-lebih lagi jika air keruh. Untuk mencari jalan keluar ke permukaan, berenang dalam arah yang sama buih air bergerak.

0 comments:

Post a Comment

Join la blog nie!